Thursday, 30 January 2014

Shopping at Bonita !

Assalamualaikum !

Fuhh ! Letih kau hari ni . Tadi petang , Sarah dengan adik and my mom pegi shopping kt Queensbay Mall . Memang penuh gile orang kat situ . Da macam pasar ( kat twitter Sarah ade mention macam pasar jual ikan paus . Muahahahaha ) .

Ramai tu tak menjadi masalah bagi Sarah untuk shopping ! Hewhew . Kemon lar . Sale kot . Kan Chinese new year . Rugi kalau tak pegi rembat mane2 beg or baju or kain or scarf and so so .

Dipendekkan cerita , Sarah sempat merembat sebijik beg jenama Bonita kau ! ( walaupun sejujurnya baru first time dengar jenama ni ) . Halamak ! Kantoi suda . Hello ! Sarah ni bukannye penggemar barang branded sangat pon . Asal ade baju nak pakai and menutup aurat , tu da cukup :)


Oke2 , back to the topic . Memang hari ni da target nak beli something  , tapi takde idea langsung . Ble da sampai mall , mata ni merayau merata . Kiri kanan kiri kanan . Macam da masok palapes . Ngee . Sampai lar kat satu kedai ni , tetibe mata Sarah brenti searching . Terpandang " DISCOUNT 70% " . And kedai tu plak jual aksesori wanita ! This is my golden compass ( pengaruh crite =..=' ) .

Punya lar dok cari barang2 yang berkenan ( sebab ade banyak sangat ) , last skali Sarah choose a rose beg yang tak bape nak rose sangat . More to red but . . . kadang2 nampak macam pink but . . . urmm . . hentam saja ma ! Bagi Sarah , memang cantik . Ade banyak color , but at last I choose warna yang indescribable ni jgak . Hahahah .





The price ? Teka lar sndiri . Barang branded , tapi after off 70% , you can actually guess it by yourself :)

Wait ! Sarah tak sure sale tu end bile . Tapi bukan kedai tu je yang sale . Berlambak bergunung ganang lagi tu ha . So , tunggu ape lagi . Grab your purse now ! :D

Website : http://www.aivoria.com/

The end .

Wednesday, 29 January 2014

Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajib ?

Assalamualaikum :)

Sarah ade terbaca satu article ni kat fb pasal mandi wajib. Ble da habes bce , macam ade something wrong je . Tapi tak tahu samaada article ni yang salah atau pahaman Sarah yang salah . Sarah mohon sangat , tolonglah betulkan mne2 yang patut diperbetulkan jika ade . Kalau ade hadis , ayat alQuran atau riwayat dari mne2 lagi bagus . Untuk kebaikan kte bersama :)

p/s : Sarah copy paste je dari fb ni. Sorry , article ni panjang sikit . Harap bersabo iye :P
 ____________________________________________________________________________

Ramai yang tidak sah mandi wajibnya? Jangan pandang remeh bab ini !

Berkongsi sedikit ilmu. Dari JAKIM. Mandi wajib yg betul..... Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Haji Mat Jais, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul." tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur. Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara :

Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala" atau "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala". Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala". Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu, dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air keseluruh badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak smpai air kedalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetap sekiranya bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang air sampai ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kukuk itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitkan. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitumudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air smpai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah). Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
_____________________________________________________________________________


Wallahualam .

The end .