Saturday, 2 April 2016

My Internship Life

Entry ni panjang sikit, mohon jangan boring ye huhu.

Sebelum start intern ni, aku hampir sewel mencari tempat intern. Berbulan cuba wehh! Mostly dah penuh laa, tak ambik budak intern laa. Call merata emel merata. Perghh memang berusaha betul. Tido tak basah makan tak kenyang mandi tak lena. Hahahaha. And lastly, dapat laa offer dari satu company ni dekat PJ. Dioffernya keja senin sampai sabtu, elaun rm200 sebulan. Awalnya memang teragak laa nk accept. First sebab kat PJ tu, susah sikit nak cari rumah sewa yang berpatutan bagi student macam aku ni. Second sebab aku tengok elaun tu haa. Hahaha.

So sambung laa cari. Tapi disebabkan kesuntukan masa dah, intern dah nak start, document apa pon tak setel lagi, nak update dalam sistem bagai tunggu approval lagi. akhirnya accept laa jugak. Balik penang cuti kejap rehat2, saja gatai tangan try minta kat USM, time tu dah hari rabu, senin depan sepatutnya kena start intern kat PJ tu. Nak dikatakan rezeki kan, dapat wehh! Hari khamis esoknya tu dapat emel offer dari USM. Dalam sistem semua dah setel, approval pon otometik dapat. Fuyooo! Bagi tau laa dekat parent, deorang suruh aku g USM ni sebab dekat dengan rumah, takyah sewa bagai, jimat laa sikit. Akan tetapi takde elaun laa. Akan tetapi jugak aku tetap tak dapat nak berdikari sendiri laa dah duduk dengan parent. Takpe laa. Ada hikmah kot. Tuhan lebih tahu :)

Maka dengan itu, bermulalah hari2 aku di USM sebagai pelajar latihan industri. 

Start 22 Feb sampai 24 Jun, wajib 18 minggu untuk budak sains. First day ritu bapak kau neves gilos hahaha. Aku sensorang kot. Membe aku yang lain ada yang dapat sama tempat. Hmmm. Redah je. Selesai daftar, jumpa sv (imported dari India beb!), then masuk laa lab. Lab ni laa yang aku akan bersarang dari start sampai habis nanti. Lab ni jugak laa "penempatan" untuk budak master dengan phd. Dah laa takde tempat khusus, meja aku betul2 tengah2 lab ni. Orang keluar masuk memang nampak aku dulu. And dalam ni mostly cina and arab, melayu ada laa 3 ketui.

Orang lain yang dapat intern kat company/industry memang sangat beruntung. Deorang memang betul didedahkan dengan environment kerja, ada ofismate, ada bos. Tambah2 lagi bila dapat yang betul2 berkaitan dengan bidang sendiri. Itu baru betul pengalaman kerja. 


Aku ni bukan nak cakap tak bersyukur. Bersyukur sangat dah ni haha. Sebabnya:

1) Waktu kerja adalah dari 810 sampai 510. Tapi disebabkan dalam universiti kan, mana ada punch kad bagai, so suka hati laa nak datang balik pukul brapa pon. Heven gilos!

2) Kerja tak banyak. Aku diassignkan untuk buat satu projek pasal LED, tapi experiment hanya akan berjalan bila akak yang ditugaskan untuk tolong aku tu free je. Dia budak master, memanjang busy, So aku goyang kaki jelaa tengok laptop sampai tembus screen. 

3) Kat sini ada mesin yang hanya ada di certain kilang je. The only university yang ada. So benefit laa dapat tau cmne cara nak guna. Nanti bole masuk resume ekeke.


 Ada jugak part yang tak bestnya intern kat sini.

1) Aku tak dapat access kad sebagai student intern. Nak masuk keluar lab memanjang kena tekan loceng kat luar. Kadang2 malas nak masuk lab, duduk kat student hall je. 

2) Disebabkan aku takde access kad, so aku tak layak untuk guna wifi campus. Watdehek? Macam mana nak buat keja haa? Kau ingat aku kaya sangat hari2 topup habis data guna untuk cari article. Nasib aku baik sebab ada sorang akak dekat ofis kasi ID dengan password dia. Aku doa akak tu murah rezeki sampai anak cucu aminn!

3) Deorang dalam lab ni mostly anggap aku tak wujud pun ada jugak. Biasa laa, orang luar kan. Nak keluar lunch, sekor pon tak ngajak. Ada laa sekali g lunch dengan deorang, tapi lepas hari tu dah tak ngajak dah. Aku cuba sembang, tanya sepatah sepatah jugak laa yang dijawabnya. Sedih kot uhuk. Terpaksa laa sabar sampai habis. 

Minggu depan dah week 7. 11 more weeks to go. Semoga seorang Sarah terus tabah! 


Thanks for reading!