Wednesday, 19 August 2020

Aleesa's First Short Vacation

Setelah nam bulan hidup, ni lah first time aleesa went on a short vacation. 2 days 1 night, dekat Eco Tree Hotel Melaka, which is 10 minit dari rumah je lol! Last minit papa dia booked, so terjah je lah. Lagipun ni first time aleesa nak merasa tidur hotel kan, kang ambik beberapa malam tak ngam pulak, fuhhh mama boleh bertukar kaler wehh. Plus husband cakap nak bagi rehat dari buat kerja rumah, maka terjadilah vacation ini.

Sabtu tengah hari sementara tunggu aleesa bangun nap, mama kemas2 bag baju kosongkan sink buang sampah semua. Dia bangun, makan, mandi, and off we go. Before that, kteorang singgah aeon dulu sebab nak carik swimming suit untuk aleesa, maklumlah semua last minit kan. Tapi tak beli jugak sebab rega boleh tahan, padahal aleesa nk pakai tu sekali dua je kot, lepas tu dah tak muat kena beli lain pulak. Then singgah burger king for express lunch, and aleesa good girl sangat tak meragam langsung huhu. Barulah gerak ke hotel. Sampai je terus check in. 



Ambik katil king, boleh golek2 jauh sikit. Bilik air ala2 english style, cantik! Alaa serius lupa nak ambik gambar. And naik tingkat atas sekali sebab nak usha pool (wajib haha). 




Pool dia takde lah besar sangat, just nice je. View dari atas sekali tu memang cantik, plus gayat wehh haha.


Lepastu balik bilik bagi aleesa nap kejap, dapatlah dalam setengah jam, tukar baju then terus headed to the pool. Aleesa bagi pakai baju seluar biasa je, tengok lah kalau tak lepas tak apa. Nasib baik ok je takde pon orang jaga pool tu haha. First time aleesa masuk pool yay! Duduk tepi2 je bagi basah badan sikit, layankan dia sampai dia penat asyik jerit2. Tu kira sign dia bahawasanya tempoh mandian tersebut dah habis haha. Kejap je nak bagi merasa mandi ramai2, yelah selalu mandi sorang2 je kan kt rumah dalam bath tub dia. Seronok aleesa tengok merata mata tu tak reti duduk diam. Budak2 ramai kan, jadi banyak benda nk tengok nak process, sebabtu lah cepat je expired dah 😂




Mama papa nervous first time bawak masuk pool ni, dah laa masing2 tak tau perlu pakaikan pampers ke tak. End up pakaikan jugak pampers yang baru. Dengan takde swimming suit, dengan musim covid pulak tak boleh dekat2 dengan orang. Tapi alhamdulillah semua ok. Balik bilik first thing yang mama dia buat adalah, bukak shopee carik swimming suit 😂


Then kteorang keluar kejap carik dinner untuk mama dia, sebab papa dia ada dinner gathering with friends (ni lah tujuan utama kenapa wujudnya vacation ini in the first place, i tot it was becoz of me huaaa). Balik bilik, tidurkan aleesa, papa pon menghilang, tinggallah mama sorang2 melayan monster's inc kat tv. Perut bunyi nak makan tapi plastik makanan tu bising pulak kang terbangun tidur budak tu haha. Slowly bukak plastik, berjaya, tapi makan sikit je maybe sebab sup jadi sejuk hilang selera makan. Serius sebab dah biasa buat kerja rumah, bila vacation mcmni, jadi bosan nak mampos duduk je tengok tv tengok fon. Dalam hati plis cherish the moment, esok dh kembali ke tempat asalmu, so sila enjoy waktu bosan tersebut 😅


Next day, turun breakfast, balik bilik bagi aleesa tidur seround, then balik! Oohh singgah starbuck tapau dulu of course. Sampai rumah aleesa jumpa kembali dengan buaian kegemaran dia, tidur macam taknak bangun dah hahaha. Anak oh anak. 


I hope u do have fun sayang, walaupun sekejap je. To more vacation and beyond!