Wednesday, 6 March 2019

[RESEPI] : Ikan Merah Masak Lemak Cili Api



Aku memang suka masak lemak. Ni aku share resepi masak lemak yang aku selalu buat, yang simple, cepat and sangat sedap serius tak tipu. Laki aku setiap kali ada lauk ni mesti sampai tahap hirup kuah tu hahaha dasar makan banyak.


Masa yang diperlukan: 15 - 20 minit


Bahan-bahan: (untuk 2 orang makan)

1 ketui isi ikan merah saiz besar (kalau saiz kecik boleh guna 2/3 ketui)
2 batang serai
1 keping asam keping (boleh jugak guna asam jawa)
1 kotak santan
Tomato
Garam, gula, secukup rasa


Bahan untuk blender:

1 ulas bawang merah
2 biji bawang putih
6 - 10 tangkai cili padi (ikut tahap kepedasan yang nak)
2 saiz jari ibu kunyit hidup
1/2 cawan air


Cara-cara:

  1. Blend bahan2 blender, then tuang dalam periuk atas dapur. Tak perlu minyak masak, just tuang je. Kacau2 sikit.
  2. Then masukkan serai dan isi ikan. Kalau nak kuah lebih boleh tambah air sikit. Balik-balikkan ikan tu supaya rata atas bawah sambil kacau2 (be careful, jangan sampai isi ikan tu hancur).
  3. Masukkan santan dalam setengah kotak. Kalau nak kuah pekat lagi boleh tambahkan santan tu laa ikut citarasa. Kacau2 dan masak sampai mendidih.
  4. Masukkan asam keping / asam jawa dan tomato. Then tambah garam, gula dan secukup rasa. Bila nampak kuah dah tukar gelap pekat sikit, boleh tutup api.
  5. Siap! 

Tips:

Makan dengan nasi semasa kuah tak terlalu panas, baru akan terasa kepedasan dan kesedapannya. Enjoy!


Thanks for reading!

No comments:

Post a Comment