Last bela hamster was around one and a half year ago. Masa tu aku tengah dalam pantang dekat Penang. Hamster tinggal dengan husband dekat Melaka, and one day dia hilang sebab husband lupa tutup pintu sangkar. Sedih wehh!
Past is past. Sekarang ni tengah stuck lockdown yang taktau bila nak habis, bosan tahap dewa dah duduk rumah. So aku decided nak bela hamster again. Aku mintak husband tolong belikan, and he got home with 2 syrian female! They are nothing but adorable.
Coklat tu Milo, cream tu Horlicks. Setiap kali tengok dorang mesti dahaga haha tah apa apa. Aku tak sure umur dorang berapa, but i guess they are about the same age sebab sama besar. Ni first time Aleesa jumpa hamster depan2, selalu tengok dalam buku dia je. Punya laa seronok budak tu. Ada member teman sembang dengan dia time mama takde mood nak melayan hahaha.
Aku letak dorang dalam sangkar lama untuk sementara waktu. Plan nak upgrade sangkar tu, so i did some readings and end up aku dapati bahawa selama ni aku salah! Saiz sangkar salah, accessories salah, pemakanan salah, everything laa senang cerita. Selama ni dorang menderita rupanya huaaa!
Ada few requirements yang perlu ikut kalau nak bela hamster ni. Kita tak terdedah dengan penjagaan hamster yang betul. Mostly Malaysians punya mindset, alaa hamster ni kecik je, senang je nak jaga, sumbat 2 3 ekor dalam sangkar kecik, bagi makan, and that's it. Aku pon buat benda yang sama jugak unfortunately, but Alhamdulillah terdetik untuk baca further on how to care for them. So it's time for change!
Aku akan share apa requirements needed as well as changes yang aku dah buat untuk Milo and Horlicks on next posting. Aku tak dapat laa nk upgrade terus semua sekaligus. Aku akan continuously upgrade bit by bit and share sini on every details ok! Semoga dorang makin bahagia hidup dengan aku lepasni hahaha amiin.
Kalau korang ada any tips boleh share dekat comment ok!
No comments:
Post a Comment