Saturday, 26 March 2016

[RESEPI] : Kek Lapis Cheese

Semalam balik rumah terus masuk dapur. Eksaited nak buat kek. Mood rajin ni bukan datang selalu. So kena laa menggunakan peluang ni dengan sehabis mungkin. Kah! Serius rajin lain macam semalam. Lepas buat kek tu terus jalan kaki g kabin (where all my cats live, it's actually my dad's construction cabin tapi tak dirobohkan even dah habis construction siap ada lektrik air ekon lagi tau huhu), kemas2, bagi makan, main dengan deorang. After that, balik rumah sambung kemas rumah pulak. Nasib baik laa rumah aku kecik je. Kecik pon nak mamp** jugak laa ngemas. Nampak tak aku guna mood rajin aku dengan sebaiknya? *ok berlagak sikit.

Back to the topic.

Bagi siapa yang "cheese addiction", boleh laa buat kek ni, memang pure cheese beb. Kek ni tak guna tepung and tak bake pon. Cuma campur2 and letak dalam peti tu je. Tapi ntah laa kenapa orang panggil kek. So aku pon "kek"kan jelaa haha. Here we goes..


Bahan-bahan:

1 bungkus biskut marie (perisa apa pon takpe - original, coklat, coffee, etc)
1 cawan susu segar
250gm cream cheese
100gm whipping cream non-diary
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar gelatin halal (option) - aku tak letak pon sebab tak sempat cari kikiki


Hiasan:

Chocolate rice/color rice (option)


Cara-cara:

  1. Putar cream cheese dengan gula hingga kembang. Dalam bekas lain, putar whip cream hingga kembang (make sure betul kembang, ambil masa sikit). Then campurkan kedua-dua adunan dan gaul dengan sudu/spatula.
  2. Cairkan gelatin dengan air panas. Bila telah hancur, tapiskan dan gaulkan bersama adunan tadi. [Gelatin ni adalah sejenis protein yang digunakan sebagai bahan penggebu. Diperbuat mostly daripada sumber haiwan, so make sure betul2 halal dulu ye. Kalau tak yakin, tak guna pon takpe]
  3. Sediakan bekas/loyang dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak all around supaya tak melekat dekat bekas and senang dikeluarkan. Strictly do not use kertas a4 biasa dan seumpamanya! Nanti adunan tu akan defrost and air yang keluar akan menyebabkan kertas tu basah dan melekat terus dekat kek tak boleh keluar dah!
  4. Panaskan susu seketika guna api kecik kemudian angkat. Celup biskut marie sekejap je jangan sampai lembik sangat.
  5. Lapiskan adunan tadi dengan biskut secara selang seli sampai adunan tu habis. Adunan biskut adunan biskut adunan biskut hehehe.
  6. Tabur chocolate/color rice di atas. 
  7. Bekukan dalam peti sejuk dalam 1-2 jam, Ada yang sampai 3-4 jam, depends on kesejukan peti korang tu laa ye. Bila dah keras boleh laa potong dan makan!

Selamat mencuba!



Thanks for reading!

Friday, 25 March 2016

Apple's new 4-inch iPhone SE

Hello iPhone-er!

Aku ni bukan jenis peminat fon sangat. Setakat ada fon yang ada wasep ig fb tu kira ok laa. Tapi sejak duamenjak ni, taktau laa kenapa orang keliling yang aku  jumpa mostly pakai iPhone. Menguji iman betul haha. Fon yang ada skrg ni pon dah bengong2 sikit. Syaitonn pon dah mula laa start keja menggoda suruh tuka fon baru. And nak dijadikan cerita, pada masa yang sama brand Apple ni baru je keluarkan design baru iPhone deorang. Watdehek? Takbole jadi ni.

iPhone SE beb! Wiwiit!



iPhone SE vs iPhone 6 vs iPhone 6S

iPhone SE ni design sama macam iPhone 5, tapi telah diapgredkan macam iPhone 6S. Macam korang beli 6S tu tapi kecik comel je tak berat londeh seluar tak muat poket semua haha. 2in1 beb! Ada pat kaler beb! Nah tengok laa sendiri perbezaan specs ni. Sapa yang dah ada 6S atau 6 tu mohon menyesal hahaha. Serius nak satu waaa..


SE akan dikeluarkan harini, 24 Mac untuk preorder and akan start shipping 31 Mac. Kat mesia ntah le bila sampai. Nanti dah sampai pegi laa serbu terus ye. 

Aku ni nak tunggu hantaran macam lambat sangat pulak. Ntah nanti keluar fon yang lagi sempoi kang habis niat ku yang suci murni ini. Takpe laa kumpul sikit2. Nak beli jugak tak kira. It's so perfect I'm gonna die!