Sunday, 27 March 2016

Bukit Batu Putih, Port Dickson

14 Januari 2016

My very first hike of the year! Kami segerombolan gegel final year fizik dengan jayanya telah mejelajahi bukit batu putih yang terletak di port dickson negeri sembilan. Sesat satu kali dalam hutan tu, dead end. Hahaha.

Tiga kereta full, gerak almost 7. Lebih kurang sejam lebih jugak nak sampai dari Nilai. Dekat pintu masuk dia tu ada kaunter beli permit. Sehengget je satu kepala. And the journey begins..

Jalan atas tar dalam setengah jam, kteorang sampai dekat what is know as rumah api tanjung tuan. Cantik tempat tu. Keliling rumah api ni ada view laut yang sangat cantik.






Then baru laa start hiking sikit, panjat2 sikit. Sampai laa kat satu point ni, iaitu puncak bukit batu putih, and this is where you will see a magnificent view. Serius sangat2 cantik. Dan panas. Tapi demi gambar kteorang sanggup berdiri jugak kat atas tu sepet2 mata cover muka bagai haha. 







Cantik kan? Macam taknak balik je. 

Then kteorang teruskan perjalanan nak cari pantai untuk mandi. Time ni laa jumpa dead end. Jalan mati pon ada view lawa jugak. Tangkap gambar lagi hekhek. Dari sini nanti bole nampak bot lalu bawak orang. Kteorang dari atas ni apa lagi, babai laa siap jerit2 lagi haha. Lantak laa tengah seronok kot kau apa tau.


Hanya mampu tangkap dari celah pokok je

Sambung lagi perjalanan and at last, jumpa laa pantai yang sesuai untuk rehat mandi manda. Perghhh best gilos dapat mandi kat situ. Tempat kteorang pilih tu terlindung dengan pokok jadi redup laa sikit. Siap buat game main dalam air. Time tu laa semua pakat nak terapung atas air, blajar berenang laa haha. Selamba je padahal ada family kat sebelah kteorang. Memang best sangat momen tu. Rindunya nak gather ramai2 lagi. 






On the way balik tu singgah surau tuka baju solat zohor then baru sambung perjalanan balik. Best last moment with them. Few weeks after, masing2 dah balik ke rumahku syurgaku sebab dah habis sem dah submit tesis whie getting ready untuk start intern.

InsyaAllah kita semua akan gather balik masa convo nanti. Time tu laa akan dapat invitation card kenduri sapa2, tengok laa tak caya hahaha.

*lepas dari trip ni, aku dah jual beg hiking karrimor oren kesayangan tu. Boleh anggap macam dah gantung beg laa kot. I really do love hiking, tapi dah start kurang sejak duamenjak ni. Kalau ada rezeki akan ikut trip lagi insyaAllah.


Thanks for reading.

Saturday, 26 March 2016

[RESEPI] : Kek Lapis Cheese

Semalam balik rumah terus masuk dapur. Eksaited nak buat kek. Mood rajin ni bukan datang selalu. So kena laa menggunakan peluang ni dengan sehabis mungkin. Kah! Serius rajin lain macam semalam. Lepas buat kek tu terus jalan kaki g kabin (where all my cats live, it's actually my dad's construction cabin tapi tak dirobohkan even dah habis construction siap ada lektrik air ekon lagi tau huhu), kemas2, bagi makan, main dengan deorang. After that, balik rumah sambung kemas rumah pulak. Nasib baik laa rumah aku kecik je. Kecik pon nak mamp** jugak laa ngemas. Nampak tak aku guna mood rajin aku dengan sebaiknya? *ok berlagak sikit.

Back to the topic.

Bagi siapa yang "cheese addiction", boleh laa buat kek ni, memang pure cheese beb. Kek ni tak guna tepung and tak bake pon. Cuma campur2 and letak dalam peti tu je. Tapi ntah laa kenapa orang panggil kek. So aku pon "kek"kan jelaa haha. Here we goes..


Bahan-bahan:

1 bungkus biskut marie (perisa apa pon takpe - original, coklat, coffee, etc)
1 cawan susu segar
250gm cream cheese
100gm whipping cream non-diary
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar gelatin halal (option) - aku tak letak pon sebab tak sempat cari kikiki


Hiasan:

Chocolate rice/color rice (option)


Cara-cara:

  1. Putar cream cheese dengan gula hingga kembang. Dalam bekas lain, putar whip cream hingga kembang (make sure betul kembang, ambil masa sikit). Then campurkan kedua-dua adunan dan gaul dengan sudu/spatula.
  2. Cairkan gelatin dengan air panas. Bila telah hancur, tapiskan dan gaulkan bersama adunan tadi. [Gelatin ni adalah sejenis protein yang digunakan sebagai bahan penggebu. Diperbuat mostly daripada sumber haiwan, so make sure betul2 halal dulu ye. Kalau tak yakin, tak guna pon takpe]
  3. Sediakan bekas/loyang dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak all around supaya tak melekat dekat bekas and senang dikeluarkan. Strictly do not use kertas a4 biasa dan seumpamanya! Nanti adunan tu akan defrost and air yang keluar akan menyebabkan kertas tu basah dan melekat terus dekat kek tak boleh keluar dah!
  4. Panaskan susu seketika guna api kecik kemudian angkat. Celup biskut marie sekejap je jangan sampai lembik sangat.
  5. Lapiskan adunan tadi dengan biskut secara selang seli sampai adunan tu habis. Adunan biskut adunan biskut adunan biskut hehehe.
  6. Tabur chocolate/color rice di atas. 
  7. Bekukan dalam peti sejuk dalam 1-2 jam, Ada yang sampai 3-4 jam, depends on kesejukan peti korang tu laa ye. Bila dah keras boleh laa potong dan makan!

Selamat mencuba!



Thanks for reading!