Wednesday, 21 July 2021

[REVIEW] : Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Reveal Creamy Cleanser

 


Product category: Face Cleanser
Product origin: Korea
Capacity: 100g
Price: RM23+ (Shopee)
Texture: White thick creamy cleanser

What it claims:
  • Gently washes away dullness and impurity without drying skin
  • To reveal radiant, bright looking skin that is soft and smooth
  • Dead skin cells, dust and impurities fade away

"Has a gentle blend of natural extract of illuminating white Sea Daffodil and Niacinamide, designed even to the most sensitive skin, as it works to reveal radiant, luminous, healthy-looking skin."


How to use:

Mix with water to create a creamy lather, then massage onto skin.


Ingredients:

Here are the ingredients based on CosDNA.


I have just finished my first tube, wore twice per day. So here are my findings:

Pros:
  • Disebabkan it has a very thick texture, so setiap kali nak pakai tu guna sikit je, sangat menjimatkan.
  • Ada Niacinamide (skin brightening), which is good untuk sapa2 yang nak lighten dark spot.
  • I perasan cleanser ni membuatkan muka I jadi bersih sikit, less tiny bump.

Cons:
  • Provided in an opaque white tube with a very thick-cannot slide down-texture membuatkan taktau dah betul2 habis or not. Jenuh picit hahaha.
  • My skin feels a little bit tight after every usage. Maybe those with oily skin ok kot.
  • Bab lighten dark spot tu, I tak nampak apa2 perubahan, maybe sebab I tak pakai full range.

Extra:

I lebih prefer yang Cetaphil Gentle Skin Cleanser (penutup biru) dari yang ni. Yet it was a good experience with this one.


Rating:

3/5


Will I repurchase?

Maybe not


Thanks for reading!

Monday, 19 July 2021

New Hamster!

Last bela hamster was around one and a half year ago. Masa tu aku tengah dalam pantang dekat Penang. Hamster tinggal dengan husband dekat Melaka, and one day dia hilang sebab husband lupa tutup pintu sangkar. Sedih wehh!


Past is past. Sekarang ni tengah stuck lockdown yang taktau bila nak habis, bosan tahap dewa dah duduk rumah. So aku decided nak bela hamster again. Aku mintak husband tolong belikan, and he got home with 2 syrian female! They are nothing but adorable.




Coklat tu Milo, cream tu Horlicks. Setiap kali tengok dorang mesti dahaga haha tah apa apa. Aku tak sure umur dorang berapa, but i guess they are about the same age sebab sama besar. Ni first time Aleesa jumpa hamster depan2, selalu tengok dalam buku dia je. Punya laa seronok budak tu. Ada member teman sembang dengan dia time mama takde mood nak melayan hahaha.




Aku letak dorang dalam sangkar lama untuk sementara waktu. Plan nak upgrade sangkar tu, so i did some readings and end up aku dapati bahawa selama ni aku salah! Saiz sangkar salah, accessories salah, pemakanan salah, everything laa senang cerita. Selama ni dorang menderita rupanya huaaa!


Ada few requirements yang perlu ikut kalau nak bela hamster ni. Kita tak terdedah dengan penjagaan hamster yang betul. Mostly Malaysians punya mindset, alaa hamster ni kecik je, senang je nak jaga, sumbat 2 3 ekor dalam sangkar kecik, bagi makan, and that's it. Aku pon buat benda yang sama jugak unfortunately, but Alhamdulillah terdetik untuk baca further on how to care for them. So it's time for change!


Aku akan share apa requirements needed as well as changes yang aku dah buat untuk Milo and Horlicks on next posting. Aku tak dapat laa nk upgrade terus semua sekaligus. Aku akan continuously upgrade bit by bit and share sini on every details ok! Semoga dorang makin bahagia hidup dengan aku lepasni hahaha amiin. 


Kalau korang ada any tips boleh share dekat comment ok! 

Friday, 11 September 2020

Pengalaman Bersalin Di Hospital Besar Melaka

10 Feb 2020

Pagi tu lepas subuh, perasan ada turun lendir + darah. Dah 39weeks, so it is time! Bagitau husband, kemas mandi bersiap and gerak laa kitaorang ke hospital. Sampai almost pukul 9 cemtu, terus pergi dekat registration counter tingkat atas, bgtau nurse ada turun darah. Dia mintak buku pink, and suruh aku masuk dalam tukar pakai baju pink hospital tu. Husband kena tunggu luar. 


Tips 1: Kalau handbag korang kecik, bawak laa tote beg kecik satu untuk letak baju tukar tu, boleh selit air mineral sebotol sebab lama siut kena tunggu situ, prepare powerbank jgk. 


Then duduk tunggu laa nama korang dipanggil untuk checkup. Memang ambik masa lama sangat. Bukan sekali panggil setel semua ye, panggil lepastu kena tunggu, panggil lagi tunggu lagi. Bukaan aku baru 1cm, and kena warded. Deorang tak benarkan untuk balik rumah bila dah ada tanda2 nak bersalin. Lunch dapat makan dalam tray. Then minum petang dapat roti kaya dengan milo panas. Setel semua pukul 5 petang! Wehh serius penat. Petang tu baru terkedek kedek jalan ke wad beramai ramai satu geng perut besar. Sampai wad barulah dapat lurus badan atas katil. Nasib baik time tu waktu melawat, so husband teman kejap. Lama husband tunggu kesian dia. 


Lunch
Lunch dekat kerusi


Tips 2: Masa doktor check bukaan tu, serius sakit. Kena tahan okeh. Ada yang kena marah dengan doktor, "ni baru nk check bukaan dik, belum contraction lagi, tahan laa sikit". Fuyoo kejam hahaha. And ada doktor laki jugak, nasib badan laa kalau dapat. 


Malam tu tepat pukul 9 aku start rasa sakit sikit. Setengah jam sekali. Makin lama makin sakit. Tengah malam tu sampai menggigil tahap sakit. Sedih wehh kena hadap ni alone tanpa husband. Semalaman tu aku tak tidur langsung. Nak bagi hilang sikit sakit, aku kunyah laa biskut chipsmore husband belikan petang tu. Minum air banyak2. 


11 Feb 2020

Sampai pagi lepas subuh tu semua orang dah bangun, dah freshen up gosok gigi mandi bagai, aku still dekat katil dah habis tenaga tahan sakit, dengan tak tidur langsung. Tak mandi pon pagi tu, serius tak larat dah. Just gosok gigi basuh muka, tunggu doktor untuk morning checkup. Dapat breakfast bihun, minum air kosong. 


Doktor datang check file, terus aku bagitau dah sakit dari malam, dia check bukaan and suruh tolak aku masuk labour room sebab dah 4cm! Wehh semalam time register bukaan 1cm, tahan sakit 12jam baru sampai 4cm! Aku ingat dah habis sakit dah tu, aku agak frust sebab ingat dah bukak banyak dah 😭 Kemas2 beg, siap2, nurse terus tolak pegi labour room dalam pukul 10 pagi. Masuk labour room tak boleh makan minum dah.


Tips 3: Tolong laa makan minum secukupnya, kalau tak sempat makan ke apa ke, bagitau nurse. Mintak tolong husband ingatkan korang untuk sentiasa makan, u really need the energy trust me. 


Whatsapp husband cakap dah masuk labour room, dia pon datang tunggu kat luar labour room tu, nurse pegi ambik dia masuk dalam. Nampak je husband aku rasa macam nak melaung hahaha sayu wehh. Alhamdulillah husband boleh teman sampai habis bersalin. Awal masuk labour room tu, contraction aku makin kurang. Then doktor bagi ubat apa ntah untuk trigger contraction balik. 


And the real pain begins… 


Contraction makin kuat, sampai tahap aku mintak nak czer je, otak dah tak function dah. Husband laa yang suruh sabar banyak. Aku ada mintak ubat tahan sakit, banyak kali jugak laa husband kluar tanya nak ubat, nurse jawab nanti deorang bagi, sampai dah sakit sangat baru laa dapat yang sedut wap tu. Tak kurangkan sakit pon benda alah tu, dia buat korang jadi mengantuk yang amat. Aku tak sedut banyak sebab takut nanti time kena teran aku dah lalok. So naturally tahan laa sakit tu, sampai laa lebih kurang pukul 245 petang, nurse check bukaan dah 10cm, terus dia ajar cara nak push, doktor pon masuk get ready. Drama bermula!


Tips 4: Masa pregnant, belajar cara tenangkan diri time contraction. Husband pon kena belajar jugak, sebab tengah sakit bini lupa habis semua benda masa tu, so tugas husband untuk take over tenangkan bini. Ajarkan zikir2, ajar teknik bernafas sambil tahan sakit. Panaskan tangan dia sebab serius sejuk dalam labour room tu.


Beberapa kali push, dah nampak rambut baby, then doktor decide nak gunting, dia cakap normal untuk first timer kena gunting. Aku angguk je laa, tak fikir dah asal keluar cepat je. Then sambung push untuk beberapa kali lagi, and keluar laa seketul Aleesa Sofea tepat pukul 310!


Masa baby keluar tu ya rabbi hilang terus semua sakit. Memang betul2 hilang sakit. Pelik tapi tulah kuasa tuhan kan. Masa push tu bagi aku tak sakit langsung, maybe sebab contraction dah sakit gilos so sakit yang lain tak terasa pon. Gunting tali pusat, husband iqamat, sambil2 tu doktor start jahit. Haaaaa yang ni sakit. Pedih wehh, walaupun inject ubat tahan sakit ye, still terasa pedih tu. 


Time ni husband dah kena keluar. Nurse ambik baby untuk check up. Lama jugak jahit tu, ntah berapa jahitan taknak tanya haha. Setel tu doktor cuci2 tukar baju pakaikan pad tali tu, then dia suruh rehat. Aku baring jelaa, penat tapi tak boleh lelap, fikir nak tengok baby je. Plus bahagian bawah tu sakit amat nak gerak sikit pon seksa rasa. 


Dalam pukul 5 lebih cemtu barulah nurse datang bawak baby. Time ni aku tahan nangis, first time dapat pegang cium dia. Nurse suruh baring dan susukan, first time nyotnyot kan sakit jugak. Nurse datang balik nak ambik baby dalam 45 minit kemudian, dia taknak lepas susu pulak amboi. 


Punya tunggu laa bila nak tolak masuk wad ni. Dengan perut kosong, dahaga amat, penat, sakit merata. Dipendekkan cerita, pukul 9 malam gais, 9 malam tu baru dapat katil! Tu pon dekat wad biasa sebab wad bersalin dah penuh. Wad biasa ni pulak adalah wad lama dekat blok paling belakang. Jauh sungguh laa nak pegi pon. Nak gerak pegi wad tu baru dapat baby balik. Sampai je wad, husband dapat masuk teman kejap untuk tolong setel apa patut dekat toilet, tak boleh jalan sendiri sebab sakit, duduk wheelchair. First time kencing time tu perghh sakit. Baby tinggal kejap dalam cube dia. 


Dah setel semua, husband keluar g mcd kejap beli bubur, aku tak makan minum apa pon sejak masuk labour room tu. Dia datang balik, bagi bubur, then guard tak bagi teman dah. So, tinggal lah aku dengan baby je. Dapat laa makan beberapa suap, maybe penat sangat jadi tak lalu. And drama malam pulak bermula..


Aku dapat katil lama yang height dah fix so katil aku tu agak tinggi, kena ginjat sikit. Aku punya tahap sakit sampai aku tak boleh nak duduk atas katil langsung, plus tilam dia lembik jenis tenggelam tu. Aku mintak kat nurse nak tukar katil macam akak katil depan, katil dia yang baru boleh adjust tinggi. Katil tepi aku kosong, dan yang tu je katil free yang ada, and katil tu pon jenis lama jugak. So lastly aku decide untuk tidur duduk je atas kerusi plastik yang ada.


Boleh je naik tidur atas katil tu, tapi nak turun balik memang seksa. Dan yang menyebabkan aku decide tidur duduk je tu is, baby meragam all night long. Asyik nangis je, even dah bedung, dah offer susu. For a first timer like me, ini lah benda yang paling aku takut sekali, baby nangis malam2 kat wad dan kena handle sorang. Takde pulak sape2 datang tolong, itu yang lagi stress, even nurse pon tak datang jenguk. Orang lain semua nak tidur, baby2 lain pon diam tido, ya rabbi rasa bersalah sangat. Masa ni dah taktau nak fikir apa, aku sendiri pon rasa nak nangis jugak.


Tips 5: First time mom, sebelum deliver, belajar cara2 nak tenangkan baby, cara latching yang betul, so that bila perlu stay overnight dekat wad, korang tak gelabah. Ada teknik cuddle cure 5s, cara bedung yang betul, install siap2 apps white noise dalam fon, position latching supaya nipple tak sakit tak luka, etc. Banyak lagi benda kena tau kena master. Cara nak simpan stok susu bagai tu pon kena belajar jugak, tapi yang tu later pon takpe. Dahulukan yang penting. Tak semua baby sama, ada yang senang jaga, bagi susu letak bawah terus tidur. Baby aku ni high need, memang mental kena kuat. 


12 Feb 2020

So dipendekkan cerita, malam aku pon berlalu tanpa tidur jugak. 2 malam tak tidur langsung, taktau laa nak cakap tahap barai tu level apa dah. Next morning, nurse datang tolong bersihkan muka baby dengan kain basah, then baby dapat injection. Then dapat breakfast apa ntah tak ingat. Doktor datang untuk morning checkup. Dia nak tau baby dah berak kencing belum, aku dah kencing belum. Sebab kalau 2 things ni tak setel lagi, memang tak boleh discharge. Lepastu aku tunggu husband datang waktu melawat, mintak dia tengokkan baby, aku dapat laa tidur sejam. Petang tu doktor datang check lagi, semua pass, and boleh discharged. 


Dapat tidur sejam



Husband pegi bayar bill, ambik ubat, sementara tu aku kemas beg slow2. Setel semua, ambik borang discharged dengan nurse, then husband tolak guna wheelchair, sebab kalau nak jalan rasanya tahun depan baru sampai kot, jauh kau nak ke parking, dengan aku jalan terkedek pegang baby lagi. Maybe kalau dari wad bersalin, dekat je. Disebabkan aku stay dekat wad pesakit luar bangunan lama, jadi jauh wehh. Kesian husband kena tolak hantar balik wheelchair tu. 


Anyways, Alhamdulillah semuanya ok takde issue, the delivery went well, anak dan mama sihat selamat, itu yang paling penting despite all the hectic sleepless nights. To be honest, awal2 dulu aku persoal kenapa perjalanan bersalin aku macamni. Bukanlah tak bersyukur, cuma this is not what i expect it to be. Tapi bila direnungkan balik, the facts that aku tak kena czer, baby tak kena tahan nicu, takde masalah kesihatan lain, aku tak patut persoal nonsense in the first place. Bukan semua orang akan hadap benda sama, these were mine. Benda ni lah yang akan jadi cerita mama dekat Aleesa bila awak tak dengar cakap mama nanti hahaha.


Overall, services hospital Melaka ni ok je. Nurse pon mostly baik2 ramah. Cuma biasalah orang ramai, ambik masa lama, standard laa kan. Main issue journey bersalin aku ni satu je, semua part sakit2 aku kena hadap sorang, kalau boleh nak laa husband ada bagi semangat tolong apa patut. Ada duit lebih, upgrade laa wad first class ke, FPP ke, swasta ke. Tapi rasanya hospital Melaka takde FPP kot. Yang paling penting sekali, u need to read a lot so that tak culture shock nanti, and be strong momma.


Tengok lah kalau rajin ada extra masa, aku update hospital bag for mommy and baby pulak. Thanks for reading!

Wednesday, 19 August 2020

Aleesa's First Short Vacation

Setelah nam bulan hidup, ni lah first time aleesa went on a short vacation. 2 days 1 night, dekat Eco Tree Hotel Melaka, which is 10 minit dari rumah je lol! Last minit papa dia booked, so terjah je lah. Lagipun ni first time aleesa nak merasa tidur hotel kan, kang ambik beberapa malam tak ngam pulak, fuhhh mama boleh bertukar kaler wehh. Plus husband cakap nak bagi rehat dari buat kerja rumah, maka terjadilah vacation ini.

Sabtu tengah hari sementara tunggu aleesa bangun nap, mama kemas2 bag baju kosongkan sink buang sampah semua. Dia bangun, makan, mandi, and off we go. Before that, kteorang singgah aeon dulu sebab nak carik swimming suit untuk aleesa, maklumlah semua last minit kan. Tapi tak beli jugak sebab rega boleh tahan, padahal aleesa nk pakai tu sekali dua je kot, lepas tu dah tak muat kena beli lain pulak. Then singgah burger king for express lunch, and aleesa good girl sangat tak meragam langsung huhu. Barulah gerak ke hotel. Sampai je terus check in. 



Ambik katil king, boleh golek2 jauh sikit. Bilik air ala2 english style, cantik! Alaa serius lupa nak ambik gambar. And naik tingkat atas sekali sebab nak usha pool (wajib haha). 




Pool dia takde lah besar sangat, just nice je. View dari atas sekali tu memang cantik, plus gayat wehh haha.


Lepastu balik bilik bagi aleesa nap kejap, dapatlah dalam setengah jam, tukar baju then terus headed to the pool. Aleesa bagi pakai baju seluar biasa je, tengok lah kalau tak lepas tak apa. Nasib baik ok je takde pon orang jaga pool tu haha. First time aleesa masuk pool yay! Duduk tepi2 je bagi basah badan sikit, layankan dia sampai dia penat asyik jerit2. Tu kira sign dia bahawasanya tempoh mandian tersebut dah habis haha. Kejap je nak bagi merasa mandi ramai2, yelah selalu mandi sorang2 je kan kt rumah dalam bath tub dia. Seronok aleesa tengok merata mata tu tak reti duduk diam. Budak2 ramai kan, jadi banyak benda nk tengok nak process, sebabtu lah cepat je expired dah 😂




Mama papa nervous first time bawak masuk pool ni, dah laa masing2 tak tau perlu pakaikan pampers ke tak. End up pakaikan jugak pampers yang baru. Dengan takde swimming suit, dengan musim covid pulak tak boleh dekat2 dengan orang. Tapi alhamdulillah semua ok. Balik bilik first thing yang mama dia buat adalah, bukak shopee carik swimming suit 😂


Then kteorang keluar kejap carik dinner untuk mama dia, sebab papa dia ada dinner gathering with friends (ni lah tujuan utama kenapa wujudnya vacation ini in the first place, i tot it was becoz of me huaaa). Balik bilik, tidurkan aleesa, papa pon menghilang, tinggallah mama sorang2 melayan monster's inc kat tv. Perut bunyi nak makan tapi plastik makanan tu bising pulak kang terbangun tidur budak tu haha. Slowly bukak plastik, berjaya, tapi makan sikit je maybe sebab sup jadi sejuk hilang selera makan. Serius sebab dah biasa buat kerja rumah, bila vacation mcmni, jadi bosan nak mampos duduk je tengok tv tengok fon. Dalam hati plis cherish the moment, esok dh kembali ke tempat asalmu, so sila enjoy waktu bosan tersebut 😅


Next day, turun breakfast, balik bilik bagi aleesa tidur seround, then balik! Oohh singgah starbuck tapau dulu of course. Sampai rumah aleesa jumpa kembali dengan buaian kegemaran dia, tidur macam taknak bangun dah hahaha. Anak oh anak. 


I hope u do have fun sayang, walaupun sekejap je. To more vacation and beyond! 

Wednesday, 6 March 2019

[RESEPI] : Ikan Merah Masak Lemak Cili Api



Aku memang suka masak lemak. Ni aku share resepi masak lemak yang aku selalu buat, yang simple, cepat and sangat sedap serius tak tipu. Laki aku setiap kali ada lauk ni mesti sampai tahap hirup kuah tu hahaha dasar makan banyak.


Masa yang diperlukan: 15 - 20 minit


Bahan-bahan: (untuk 2 orang makan)

1 ketui isi ikan merah saiz besar (kalau saiz kecik boleh guna 2/3 ketui)
2 batang serai
1 keping asam keping (boleh jugak guna asam jawa)
1 kotak santan
Tomato
Garam, gula, secukup rasa


Bahan untuk blender:

1 ulas bawang merah
2 biji bawang putih
6 - 10 tangkai cili padi (ikut tahap kepedasan yang nak)
2 saiz jari ibu kunyit hidup
1/2 cawan air


Cara-cara:

  1. Blend bahan2 blender, then tuang dalam periuk atas dapur. Tak perlu minyak masak, just tuang je. Kacau2 sikit.
  2. Then masukkan serai dan isi ikan. Kalau nak kuah lebih boleh tambah air sikit. Balik-balikkan ikan tu supaya rata atas bawah sambil kacau2 (be careful, jangan sampai isi ikan tu hancur).
  3. Masukkan santan dalam setengah kotak. Kalau nak kuah pekat lagi boleh tambahkan santan tu laa ikut citarasa. Kacau2 dan masak sampai mendidih.
  4. Masukkan asam keping / asam jawa dan tomato. Then tambah garam, gula dan secukup rasa. Bila nampak kuah dah tukar gelap pekat sikit, boleh tutup api.
  5. Siap! 

Tips:

Makan dengan nasi semasa kuah tak terlalu panas, baru akan terasa kepedasan dan kesedapannya. Enjoy!


Thanks for reading!

Tuesday, 5 March 2019

[REVIEW] : Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF 30


Product category: Sunscreen
Product origin: Indonesia
Capacity: 40ml
Price: RM16++ (Watson)
Texture: White-ish gel (creamier than that of a gel)

What it claims:
  • Protect against UVA and UVB (SPF 30, PA+++), plus contain Vit E as antioxidant
  • Aloe Vera and Pro Vit B5 (Panthenol) for moisturizing

How to use:

Apply on your face and neck 15 minutes before going outdoor.


Ingredients:

I summarized up a few important ingredients as below (based on SkinCarisma).


EWG : Refers to Environment Working Group - classify ingredients in different risk categories



Pros:
  • Loving the flap-cap concept, penutup tak senang hilang
  • Has a very minimal white cast upon applying , once dah fully absorb tak nampak dah white cast tu (which I love so much!)
  • Dry skin people will love this. Dia menjadikan kulit lebih lembap, sebab ada Panthenol dan Aloe Vera tu
  • Yang bestnya, it is alcohol-free and paraben-free

Cons:
  • Combination and oily skin people will not love this. It is very sticky dan menyebabkan kulit lebih berminyak (like seriously BERMINYAK boleh perah)
  • I cannot tolerate fragrance in my sunscreen

Extra:

Disebabkan sunscreen ni tak sesuai dekat muka aku, so aku pakai kt tangan and it feels good guys! Kulit tangan aku memang jenis kering kadang2 sampai mengelupas, and sunscreen ni did helps a lot tak melekit pun, tak berminyak jugak. Yes jimat tak perlu buang hahaha.


Rating:

2/5


Will I repurchase?

No


Thanks for reading!

Tuesday, 26 February 2019

[REVIEW] : Good Virtues Co. Multiple Repair Hair Serum


Product category: Hair serum
Product origin: Malaysia
Capacity: 100ml
Price: RM15++
Texture: Colorless oily gel-ish


What it claims:
  • Helps to restore shine and softness to hair
  • Helps to seal split ends and tames unruly frizzy hair for instant smoothness, silkiness and manageability
  • Contain Organic Black Seed Oil which is recognized for its rich, natural nutrients, minerals and antioxidants that repair, restore and rejuvenate

Free from Mineral Oil, SLES, ALES, Parabens and Synthetic Colorants, plus it's CRUELTY-FREE!


How to use:

After shampoo, take a few pumps on your palms, rub it through fingers, then run along through damp/towel dried hair. Avoid scalp.


Pros:
  • The packaging design is so pretty. All of GVC products are as well
  • The smell is so nice, and is long lasting on hair
  • I love the bottle-with-neck pump concept. Sesetengah botol serum/oil takde neck ni, so bila pump serum/oil akan terkeluar keliling kepala pump. You get what I mean right hahaha
  • It works wonder on my dry hair. So soft and smooth!
  • HALAL!

Cons:
  • I'm not sure whether this serum is suitable for greasy hair
  • The smell might be too strong for one having a sensitive sense of smell

Rating:

3.5/5


Will I repurchase?

Yes, kalau ada offer.


Thanks for reading!

Tuesday, 3 January 2017

Life as a Fresh Grad


Yup dah grad. Weehuu! Tak payah nak happy mana sangat laa. Sampai sekarang masih tak bergaji ni. Huhu :P

Kau ada sijil engineering mesti nak jadi engineer kan? Takkan nak jadi cashier mydin je kot?

Tapi realitinya...

Zaman sekarang memang saaaangat susah nak cari kerja yang 'kena' dengan sijil yang ada. Tak tipu wehh! Tambah laa kau tu pulak jenis yang nak high profile je, so tak main laa kerja pegang ikan ayam mcmtu kan. Mana ada standard beb! Haaa buat laa perangai mcmtu..

Kang mereput kat rumah tu hadap laptop sampai laa laptop tu pulak yang hadap kau. Jobstreet tu punya belek hari2 sampai dah terhafal semua company yang ada dalam tu, tapi lingkup jugak kat rumah.

Jangan terlalu memilih sangat kerja tu, mana ada kau terus grab je. Tak payah malu. Biar laa part time cashier pun, bukannya salah. Kerja halal, duit masuk, lepas laa jugak nak bayar ptptn kau tu. Nanti insyaAllah rezeki lebih dapat laa offer jadi technician kilang pulak. Lama2 bos tengok kau perform, dia offer pulak jadi supervisor, then setahun lepas tu up lagi. Gittew..

Trick dia satu je. Kau jangan sesekali lupa Tuhan! Apply p laa berjuta pon kat jobstreet tu, emel p laa beribu pun. Tapi kalau kau lupa nak sujud lupa nak doa, sia2 je beb.

Haa satu lagi. Tau laa keluaran universiti terkemuka, first class lagi kan, tapi tak payah laa demand gaji tu tinggi sangat ye. Orang nak ambik kerja tak tengok sangat kau punya "kepandaian menjawab soalan atas kertas exam tu". Deorang nak tengok skill kau tu, apa yang kau pandai buat sepanjang pat tahun belajar. Ni tak, result gila gempak, tapi p interview speaking berterabur. Situ je dah nampak kau tu tak "sesuai".

Tahniah kepada kawan2 yang dah bekerjaya, tak kisah laa kerja apa pon. Kepada yang masih mereput, jangan mengalah, kuatkan lagi usaha tu, doa banyak2, insyaAllah nanti murah laa rezeki tu.

[Cakap kat diri sendiri sebenarnya. Dah banyak interview terjah, masih dotdotdot. Mohon tembak doa kalian, semoga aku kuat dan dimurahkan rezeki. Amiin..]

Nanti aku kasi tips interview nak? What to do and what not to do, based on my very own experiences. Interview kilang laa ye, Interview kerajaan masih tak berjodoh lagi. View kilang and kerajaan ni lain sikit. Tak sikit laa, banyak jugak lainnya. Huhu..


Thanks for reading!

Saturday, 2 April 2016

My Internship Life

Entry ni panjang sikit, mohon jangan boring ye huhu.

Sebelum start intern ni, aku hampir sewel mencari tempat intern. Berbulan cuba wehh! Mostly dah penuh laa, tak ambik budak intern laa. Call merata emel merata. Perghh memang berusaha betul. Tido tak basah makan tak kenyang mandi tak lena. Hahahaha. And lastly, dapat laa offer dari satu company ni dekat PJ. Dioffernya keja senin sampai sabtu, elaun rm200 sebulan. Awalnya memang teragak laa nk accept. First sebab kat PJ tu, susah sikit nak cari rumah sewa yang berpatutan bagi student macam aku ni. Second sebab aku tengok elaun tu haa. Hahaha.

So sambung laa cari. Tapi disebabkan kesuntukan masa dah, intern dah nak start, document apa pon tak setel lagi, nak update dalam sistem bagai tunggu approval lagi. akhirnya accept laa jugak. Balik penang cuti kejap rehat2, saja gatai tangan try minta kat USM, time tu dah hari rabu, senin depan sepatutnya kena start intern kat PJ tu. Nak dikatakan rezeki kan, dapat wehh! Hari khamis esoknya tu dapat emel offer dari USM. Dalam sistem semua dah setel, approval pon otometik dapat. Fuyooo! Bagi tau laa dekat parent, deorang suruh aku g USM ni sebab dekat dengan rumah, takyah sewa bagai, jimat laa sikit. Akan tetapi takde elaun laa. Akan tetapi jugak aku tetap tak dapat nak berdikari sendiri laa dah duduk dengan parent. Takpe laa. Ada hikmah kot. Tuhan lebih tahu :)

Maka dengan itu, bermulalah hari2 aku di USM sebagai pelajar latihan industri. 

Start 22 Feb sampai 24 Jun, wajib 18 minggu untuk budak sains. First day ritu bapak kau neves gilos hahaha. Aku sensorang kot. Membe aku yang lain ada yang dapat sama tempat. Hmmm. Redah je. Selesai daftar, jumpa sv (imported dari India beb!), then masuk laa lab. Lab ni laa yang aku akan bersarang dari start sampai habis nanti. Lab ni jugak laa "penempatan" untuk budak master dengan phd. Dah laa takde tempat khusus, meja aku betul2 tengah2 lab ni. Orang keluar masuk memang nampak aku dulu. And dalam ni mostly cina and arab, melayu ada laa 3 ketui.

Orang lain yang dapat intern kat company/industry memang sangat beruntung. Deorang memang betul didedahkan dengan environment kerja, ada ofismate, ada bos. Tambah2 lagi bila dapat yang betul2 berkaitan dengan bidang sendiri. Itu baru betul pengalaman kerja. 


Aku ni bukan nak cakap tak bersyukur. Bersyukur sangat dah ni haha. Sebabnya:

1) Waktu kerja adalah dari 810 sampai 510. Tapi disebabkan dalam universiti kan, mana ada punch kad bagai, so suka hati laa nak datang balik pukul brapa pon. Heven gilos!

2) Kerja tak banyak. Aku diassignkan untuk buat satu projek pasal LED, tapi experiment hanya akan berjalan bila akak yang ditugaskan untuk tolong aku tu free je. Dia budak master, memanjang busy, So aku goyang kaki jelaa tengok laptop sampai tembus screen. 

3) Kat sini ada mesin yang hanya ada di certain kilang je. The only university yang ada. So benefit laa dapat tau cmne cara nak guna. Nanti bole masuk resume ekeke.


 Ada jugak part yang tak bestnya intern kat sini.

1) Aku tak dapat access kad sebagai student intern. Nak masuk keluar lab memanjang kena tekan loceng kat luar. Kadang2 malas nak masuk lab, duduk kat student hall je. 

2) Disebabkan aku takde access kad, so aku tak layak untuk guna wifi campus. Watdehek? Macam mana nak buat keja haa? Kau ingat aku kaya sangat hari2 topup habis data guna untuk cari article. Nasib aku baik sebab ada sorang akak dekat ofis kasi ID dengan password dia. Aku doa akak tu murah rezeki sampai anak cucu aminn!

3) Deorang dalam lab ni mostly anggap aku tak wujud pun ada jugak. Biasa laa, orang luar kan. Nak keluar lunch, sekor pon tak ngajak. Ada laa sekali g lunch dengan deorang, tapi lepas hari tu dah tak ngajak dah. Aku cuba sembang, tanya sepatah sepatah jugak laa yang dijawabnya. Sedih kot uhuk. Terpaksa laa sabar sampai habis. 

Minggu depan dah week 7. 11 more weeks to go. Semoga seorang Sarah terus tabah! 


Thanks for reading!

Sunday, 27 March 2016

Bukit Batu Putih, Port Dickson

14 Januari 2016

My very first hike of the year! Kami segerombolan gegel final year fizik dengan jayanya telah mejelajahi bukit batu putih yang terletak di port dickson negeri sembilan. Sesat satu kali dalam hutan tu, dead end. Hahaha.

Tiga kereta full, gerak almost 7. Lebih kurang sejam lebih jugak nak sampai dari Nilai. Dekat pintu masuk dia tu ada kaunter beli permit. Sehengget je satu kepala. And the journey begins..

Jalan atas tar dalam setengah jam, kteorang sampai dekat what is know as rumah api tanjung tuan. Cantik tempat tu. Keliling rumah api ni ada view laut yang sangat cantik.






Then baru laa start hiking sikit, panjat2 sikit. Sampai laa kat satu point ni, iaitu puncak bukit batu putih, and this is where you will see a magnificent view. Serius sangat2 cantik. Dan panas. Tapi demi gambar kteorang sanggup berdiri jugak kat atas tu sepet2 mata cover muka bagai haha. 







Cantik kan? Macam taknak balik je. 

Then kteorang teruskan perjalanan nak cari pantai untuk mandi. Time ni laa jumpa dead end. Jalan mati pon ada view lawa jugak. Tangkap gambar lagi hekhek. Dari sini nanti bole nampak bot lalu bawak orang. Kteorang dari atas ni apa lagi, babai laa siap jerit2 lagi haha. Lantak laa tengah seronok kot kau apa tau.


Hanya mampu tangkap dari celah pokok je

Sambung lagi perjalanan and at last, jumpa laa pantai yang sesuai untuk rehat mandi manda. Perghhh best gilos dapat mandi kat situ. Tempat kteorang pilih tu terlindung dengan pokok jadi redup laa sikit. Siap buat game main dalam air. Time tu laa semua pakat nak terapung atas air, blajar berenang laa haha. Selamba je padahal ada family kat sebelah kteorang. Memang best sangat momen tu. Rindunya nak gather ramai2 lagi. 






On the way balik tu singgah surau tuka baju solat zohor then baru sambung perjalanan balik. Best last moment with them. Few weeks after, masing2 dah balik ke rumahku syurgaku sebab dah habis sem dah submit tesis whie getting ready untuk start intern.

InsyaAllah kita semua akan gather balik masa convo nanti. Time tu laa akan dapat invitation card kenduri sapa2, tengok laa tak caya hahaha.

*lepas dari trip ni, aku dah jual beg hiking karrimor oren kesayangan tu. Boleh anggap macam dah gantung beg laa kot. I really do love hiking, tapi dah start kurang sejak duamenjak ni. Kalau ada rezeki akan ikut trip lagi insyaAllah.


Thanks for reading.

Saturday, 26 March 2016

[RESEPI] : Kek Lapis Cheese

Semalam balik rumah terus masuk dapur. Eksaited nak buat kek. Mood rajin ni bukan datang selalu. So kena laa menggunakan peluang ni dengan sehabis mungkin. Kah! Serius rajin lain macam semalam. Lepas buat kek tu terus jalan kaki g kabin (where all my cats live, it's actually my dad's construction cabin tapi tak dirobohkan even dah habis construction siap ada lektrik air ekon lagi tau huhu), kemas2, bagi makan, main dengan deorang. After that, balik rumah sambung kemas rumah pulak. Nasib baik laa rumah aku kecik je. Kecik pon nak mamp** jugak laa ngemas. Nampak tak aku guna mood rajin aku dengan sebaiknya? *ok berlagak sikit.

Back to the topic.

Bagi siapa yang "cheese addiction", boleh laa buat kek ni, memang pure cheese beb. Kek ni tak guna tepung and tak bake pon. Cuma campur2 and letak dalam peti tu je. Tapi ntah laa kenapa orang panggil kek. So aku pon "kek"kan jelaa haha. Here we goes..


Bahan-bahan:

1 bungkus biskut marie (perisa apa pon takpe - original, coklat, coffee, etc)
1 cawan susu segar
250gm cream cheese
100gm whipping cream non-diary
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar gelatin halal (option) - aku tak letak pon sebab tak sempat cari kikiki


Hiasan:

Chocolate rice/color rice (option)


Cara-cara:

  1. Putar cream cheese dengan gula hingga kembang. Dalam bekas lain, putar whip cream hingga kembang (make sure betul kembang, ambil masa sikit). Then campurkan kedua-dua adunan dan gaul dengan sudu/spatula.
  2. Cairkan gelatin dengan air panas. Bila telah hancur, tapiskan dan gaulkan bersama adunan tadi. [Gelatin ni adalah sejenis protein yang digunakan sebagai bahan penggebu. Diperbuat mostly daripada sumber haiwan, so make sure betul2 halal dulu ye. Kalau tak yakin, tak guna pon takpe]
  3. Sediakan bekas/loyang dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak all around supaya tak melekat dekat bekas and senang dikeluarkan. Strictly do not use kertas a4 biasa dan seumpamanya! Nanti adunan tu akan defrost and air yang keluar akan menyebabkan kertas tu basah dan melekat terus dekat kek tak boleh keluar dah!
  4. Panaskan susu seketika guna api kecik kemudian angkat. Celup biskut marie sekejap je jangan sampai lembik sangat.
  5. Lapiskan adunan tadi dengan biskut secara selang seli sampai adunan tu habis. Adunan biskut adunan biskut adunan biskut hehehe.
  6. Tabur chocolate/color rice di atas. 
  7. Bekukan dalam peti sejuk dalam 1-2 jam, Ada yang sampai 3-4 jam, depends on kesejukan peti korang tu laa ye. Bila dah keras boleh laa potong dan makan!

Selamat mencuba!



Thanks for reading!

Friday, 25 March 2016

Apple's new 4-inch iPhone SE

Hello iPhone-er!

Aku ni bukan jenis peminat fon sangat. Setakat ada fon yang ada wasep ig fb tu kira ok laa. Tapi sejak duamenjak ni, taktau laa kenapa orang keliling yang aku  jumpa mostly pakai iPhone. Menguji iman betul haha. Fon yang ada skrg ni pon dah bengong2 sikit. Syaitonn pon dah mula laa start keja menggoda suruh tuka fon baru. And nak dijadikan cerita, pada masa yang sama brand Apple ni baru je keluarkan design baru iPhone deorang. Watdehek? Takbole jadi ni.

iPhone SE beb! Wiwiit!



iPhone SE vs iPhone 6 vs iPhone 6S

iPhone SE ni design sama macam iPhone 5, tapi telah diapgredkan macam iPhone 6S. Macam korang beli 6S tu tapi kecik comel je tak berat londeh seluar tak muat poket semua haha. 2in1 beb! Ada pat kaler beb! Nah tengok laa sendiri perbezaan specs ni. Sapa yang dah ada 6S atau 6 tu mohon menyesal hahaha. Serius nak satu waaa..


SE akan dikeluarkan harini, 24 Mac untuk preorder and akan start shipping 31 Mac. Kat mesia ntah le bila sampai. Nanti dah sampai pegi laa serbu terus ye. 

Aku ni nak tunggu hantaran macam lambat sangat pulak. Ntah nanti keluar fon yang lagi sempoi kang habis niat ku yang suci murni ini. Takpe laa kumpul sikit2. Nak beli jugak tak kira. It's so perfect I'm gonna die!





                                           

Thursday, 8 October 2015

Giso India ! (part 1)

Hai semua!

Dah sebulan bru nak apdet pasal giso ni. Takpe at least sara cite jugak kan. Hehe. Ni baru first time sara kuar mesia tau tak. Dah berumo baru laa nak merasa jalan jalan kt luar ishh ishh. Tunggu laa sara dah keje nnti, tiap bulan sara apdet obersi. Balas dendam. Hahh!

Ok sila fokus.

G.I.S.O. - Global Islamic Student Outreach

Giso adalah satu program amal, niat nak tolong org yg dalam kesusahan and yg bestnye, program ni dibuat di luar mesia. Pegi laa mana mana negara pon, cari yg memerlukan, and buat program kt situ.

Dalam usim, program ni dianggap sebagai sunat, pegi takpe tak pegi pon takpe. Kalau student yg tak ckup bajet tu, tak pegi laa kn. Sara sndiri pon takde laa ckup mne bajet tu, tapi bila pkir balek, bila lgi nak pegi kuar jalan jalan dgn mmbe buat amal, betul tak? Kalau nak balas dendam nanti tu pon, rasanye takde trip yg bermotifkan giso ni. So, sara join laa trip ke India ni.

"Kenapa India?"

"Taktau.. Hahaha"

Serius taktau knape pilih India. Macam dah termaktub memang akan ke situ, so folo je haha. Pelik tapi benar! Walaupun kita semua dh sedia maklum yg India ni bukanlah satu tempat pilihan untuk brjalan jalan, tpi macam takde objection, semua org folo je, keje pon smooth gitu. Dah tertulis semua tu kn, alhamdulillah :)

Kteorg pilih Tiruchirappalli, India sebagai our main focus utk keje amal ni. Untuk tempat jalan jalan pulak. kteorg set ke Kodaikannal. On the 2nd of September 2015, group kteorg seramai 14 org trmsuk sir bertolak lah ke sana. Flight dalam 3 jam stgah hingga 4 jam laa, depends on the weather. Dalam flight tu, SEMUA ORG INDIA, kecuali kteorg 13 org (tolak sir sbb sir pon India), and the stewardess. Oh my... what a loooongg 4 hours..


I really love the sky..

Ok sambung nanti, nak serabutkan kepala masuk lab kejap. Muahh!

Tuesday, 9 June 2015

Final Sem 6 !

Oh my..

Next week dah final wehh! Currently, sara sem 6 sekarang ni. Bulan 9 will be the start of my last sem in the uni, sebab sem 8 is goin to be be my practical time. Serius sekejap je dah nak habes degree. Macam tak percaya je. Tup tup dah keje, tup sekali lagi dah ade anak ape. Ahahaha. Jaoh nau melangkah nye. Bukan selalu :P



Mencabar betul final kali ni. May Allah ease. Do pray for me :)

Sunday, 15 March 2015

Bukit Kutu Daypack (14 March 15)

Hokehh..

This is my second time hike bukit kutu. First time dulu p dengan geng Boek Trekkers, overnight sana. This time daypack sudeyy.

Trip ni is my trip, I am the organizer. Buat trip ni pon sebab nak cari dana untuk ke India bulan 9 nanti. GISO (tangan di bahu mata atas). Hahahaha. Alhamdulillah everything was under control. Memang ade few problems, but we all managed to handle it well.

Peserta involved ckup satu bas. Walaupun just satu bas, tapi tak senang jugak nak handle deorg2 ni. Suruh bawak bekal all along the way, tpi tak dengar cakap. Lastly, passed out sebab tak makan. Memang salah deorg, tapi lastly the blame was still on me coz i am in charged of 'em. Fuhh! Hahahaha. Redha jelaa. Dengan dapat pakcik bas yg garang kau. Dari redha, jadi pasrah. Haha..

Opkos sara mintak tolong my guiding group to handle this kids. MNA Outdoor. Long live! Hahaha. Pusing2, ajim ade. Trip mne pon muka dia je. Hahaha. Sara dapat kenal dengan guider2 lain - pudin, naim and huzer. Sumpah best dapat kenal deorg2 ni. First time hike skali, tapi sembang macam dah kenal 10 tahun. This is what we call "outdoor friendship"! Yeah!

Taknak sembang banyak, biar gambar berbicara. Arios~


Tngu bas sampai. Ade makhluk asing warna putih di situ.

The titi senget

The chimney

The ohsem view









Guider - naim, ajim, me, pudin


My classmate - ily, me, ali, izzat

Ahahahaha..
Ok. Dah rindu kutu. Uhukk..

Thursday, 6 November 2014

Gunung Berembun !

Last week, on 31 October, I went to Cameron Highland again ( sebelum ni pegi yong belar ), hiking Gunung Berembun. Memang berembun sungguh laa. Hujan kau lebat sesungguhnya lahai aduuhh. Terketaq baq hang time hiking tuh. Dah laa dekat cameron, memang sah dah sejuk. Plus hujan plak. Sakit gle belakang jadinye sebab sejuk sangat.

Kali ni as a guider under MNA crew, guide budak2 fpqs Usim yang buat trip ke situ. 2 bas, plus minus 50 students. Naseb laa budak2 ni sporting, havoc laa sket jadinye trip ni.

Pegi hari jumaat, tapi sara balek hari sabtu. Yess! Berjaya melepaskan diri.. Hahahaha. Takde laa. Balek awal sebab ade bnyak keje kene siapkan. Naseb laa ade peneman setia si sisi kn. Uhuhuhu. Tak jugak. Sara dgn mmbe sorg ni balek awal. Die pon ade hal jgak hari ahad tu. Tapi kene bahan tu perkara normal laa kn. Haiya =..='

Trip ni sangat teramat laa santai. Maybe sebab guide org kot, tak bole nk force sangat. Time ascent tu, memang santai. Adela budak sorg ni pewai habes-habesan pnye. Tapi takpe. Guider yang ade memang seorg yang sangat sabar. Huhuhu.

Dah sampai puncak, betul2 time nak turun tu, hujaaaaaaaannn. Bukan maen lebat kau. Track tu memang dah tak nampak tanah dah. Air je mengalir, macam sungai. Agak risau tme nak turun tu. Depan sara gap agak jaoh sebab sara tnggu org last smpai dulu, rehat bagai, baru turun. Nak tak nak, turun gak laa, slow2. Alhamdulillah, sampai jgak kt bawah :)

Scene otw ke bawah tu lahai laa, cantik bangat! Jumpe ladang teh, macam2 jenis bunga. Sejuk mata memandang. Kan best kalau bole date tempat cenggini. Uhuhuhu. Ok! Dh pkir jaoh. Abaikan~

Dah turun, siap2, tnggu mmbe sorg tu smpai (sebab die sweep org last skali), kuar cri stoberi, balek. Yang laen still stay kt sna, camping bagai. Takpe laa. Takde rezeki nak join deorg. Next time :)





Posing baek pnye

Hai! Nme sy Syamil :)



Gegurls!


Erkk..

Guider, without me n syamil

Habes dah!